Cara Tukar Nombor Telefon Hong Leong Bank Online

Bagaimana cara tukar nombor telefon Hong Leong Bank? Untuk membuat urusan perbankan online banking di HLB, kod TAC selalu diperlukan sebab TAC merupakan salah satu ciri keselamatan.

Macam mana apabila no telefon yang Anda telah daftar sebelum ini telah expired, hilang, dicuri atau ditukar ke nombor telefon yang lain? Izinkan kami kongsikan cara kemaskini nombor telefon Hong Leong Bank.

Cara Tukar No Telefon Hong Leong Bank
Cara Tukar No Telefon Hong Leong Bank

Apa Itu TAC

TAC bermaksud Kod Pengesahan Transaksi (Transaction Authorization Code). Ia merupakan kod keselamatan unik 6 digit yang digunakan untuk.

  • Pendaftaran dan set semula HLB Connect
  • Tetapan dan selenggaraan akaun dalam HLB Connect
  • Sesetengah transaksi perbankan dalam talian dalam HLB Connect

Bilakah TAC diperlukan? TAC diperlukan bagi transaksi berikut:

Sekiranya Anda melaksanakan pindahan wang bukan kegemaran di bawah RM10,000 dan apabila Anda melaksanakan pindahan wang atau tambah nilai atau bayaran buat kali pertama kepada Akaun atau Penerima Kegemaran Anda melalui mana-mana fungsi berikut.

  • DuitNow
  • Pindahan Telegraf
  • Pembayaran Bil (termasuk JomPAY)
  • Tambah Nilai Prabayar
  • Pindahan ke akaun HLB pihak ketiga (pindahan antara bank)
  • Interbank GIRO (PayNet IBG)

Apabila pengesahsahihan TAC gagal semasa pindahan wang pertama kali ke Akaun Kegemaran Pindahan wang seterusnya yang dilakukan masih akan digesa untuk pengesahsahihan TAC.

Walau bagaimanapun, sekiranya pengesahan TAC berjaya bagi pindahan dana kali pertama tetapi transaksi ditolak (contohnya disebabkan akaun dorman, masa transaksi telah habis), pindahan yang berikutnya tidak lagi akan meminta pengesahan TAC.

Kemaskini Nombor Telefon Hong Leong di Cawangan

Bagi permintaan untuk mengemaskini nombor telefon TAC untuk pendaftaran perbankan internet Hong Leong Connect, Anda perlu mengunjungi cawangan Hong Leong Bank kerana pengesahan diri amat diperlukan bagi melindungi data peribadi pelanggan.

Sila membawa kad pengenalan dan nombor telefon baru untuk tujuan pengesahan.

Cara Tukar No Telefon Hong Leong Bank Melalui Online

Sila ikuti langkah-langkah cara tukar no telefon Hong Leong Bank melalui Online Banking:

  1. Lawati pautan rasmi Hong Leong Bank berikut ini https://s.hongleongconnect.my/
  2. Masukkan Username akaun Anda.
  3. Klik Next.
  4. Sahkan Security Picture.
  5. Masukkan Password akaun Anda.
  6. Klik Login.
  7. Selepas Anda login, klik Settings.
  8. Klik Update Contact Info.
  9. Kemudian, pilih Jenis Produk.
  10. Masukkan TAC 6 digit.
  11. Sila masukkan No Telefon Baru Anda.
  12. Pastikan maklumat kemaskini Anda betul.
  13. Klik Next to Confirm untuk mengesahkan butiran.
  14. Klik Submit.
  15. Selesai.

Cara Tukar No Telefon Hong Leong Bank Melalui Mobile Banking

Sila muat turun aplikasi Hong Leong Bank terlebih dahulu yang boleh Anda dapati di Google Play Store maupun App Store secara percuma. Selepas Anda muat turun, ikuti langkah berikut:

  1. Buka aplikasi Hong Leong Bank Anda.
  2. Sila login ke akaun Anda.
  3. Selepas login, klik Menu.
  4. Klik Credit Card Service.
  5. Pilih Update Contact Info.
  6. Kemudian, masukkan butiran yang ingin Anda kemaskini iaitu no telefon.
  7. Klik Next.
  8. Semak butiran kemaskini Anda.
  9. Klik Save Changes.
  10. Masukkan TAC yang dihantar ke no telefon baru.
  11. Selesai.

Cara Tukar No Telefon Hong Leong Bank Melalui ATM

Anda juga dapat melakukan kemaskini no telefon Hong Leong Bank melalui ATM:

  1. Pergi ke ATM Hong Leong Bank yang berhampiran.
  2. Masukkan Kad ATM ke slot yang disediakan.
  3. Masukkan PIN ATM Anda.
  4. Kemudian, pilih PIN/TAC/Limit.
  5. Sila masukkan No Telefon Baru Anda.
  6. Pastikan maklumat kemaskini Anda betul.
  7. Ambil resit untuk rujukan.
  8. Selesai.

Itu sahaja perkongsian yang dapat kami berikan, semoga maklumat diatas dapat membantu Anda.