Cara Tukar Nombor Telefon Public Bank Online

Pada masa ini perbankan online sangat memudahkan pelanggan membuat pelbagai macam transaksi, antaranya pemindahan, pengeluaran, pembayaran bil dan banyak lagi.

Ramai bank di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan online banking, salah satunya ialah Public Bank. Kalau Maybank mempunyai Maybank2u, Public Bank mempunyai pbebank atau PBe online banking.

Keselematan dalam bertransaksi merupakan perkara utama, sehingga Public Bank memberikan keselamatan dan keselesaan ketika membuat transaksi perbankan online.

Public Bank menyematkan fungsi PAC pada sistem PBe agar setiap transaksi yang dibuat oleh pelanggan lebih selamat. PAC akan dihantar ke nombor telefon yang telah berdaftar sahaja.

Sekiranya Anda belum mendaftarkan nombor telefon atau ingin mengetahui cara tukar nombor telefon Public Bank, berikut kami kongsikan langkah-langkahnya.

Cara Tukar No Telefon Public Bank

Cara Tukar No Telefon Public Bank

Apa itu PAC

PAC ialah sistem yang menjana kod pengesahan enam digit. Setiap PAC adalah unik dan bertindak sebagai lapisan keselamatan tambahan untuk melindungi akaun perbankan Anda. Kalau di bank lain, dikenali sebagai OTP/TAC.

Anda akan menerima PAC melalui SMS apabila Anda melakukan transaksi dalam talian.

PAC diperlukan untuk transaksi berikut:

  • Pemindahan dana ke akaun PBB yang lain
  • GIRO Antara Bank (IBG)/Pemindahan Segera/RENTAS
  • Pembayaran bil
  • Pelaburan
  • Penempatan dan pengeluaran eFD
  • Tambah nilai prabayar
  • Ejen debit/pembayaran terus
  • FPX
  • Kiriman wang asing
  • Pemindahan dana ke akaun sendiri dengan agregat harian melebihi RM5,000.00
  • Pemindahan Western Union

Bolehkah menggunakan PAC yang sama untuk berbilang transaksi? Tidak. PAC baharu diperlukan untuk setiap transaksi.

Sentiasa layan setiap PAC dengan berhati-hati. Jangan kongsi atau masukkan nombor PAC Anda tanpa menyemak butiran terlebih dahulu.

Cara Kemaskini No Telefon Public Bank Melalui ATM

Sila ikuti langkah-langkah cara tukar no telefon Public Bank melalui ATM:

  1. Sila kunjungi ATM Public Bank yang berhampiran.
  2. Masukkan Kad ATM Public Bank Anda ke slot yang disediakan.
  3. Masukkan PIN ATM.
  4. Tekan Register/Change PAC Mobile.
  5. Masukkan No Telefon Baru Anda.
  6. Pastikan maklumat yang Anda isikan betul.
  7. Sila ambil resit sebagai bukti.
  8. Selesai.

Kad bank tamat tempoh? cara tukar kad ATM Public Bank expired.

Cara Tukar Nombor Telefon Public Bank di Cawangan

Anda juga dapat melakukan kemaskini no telefon Public Bank melalui cawangan:

  1. Pergi ke cawangan Public Bank terdekat.
  2. Sila membawa kad debit, kad pengenalan dan buku bank (optional).
  3. Ambil nombor giliran, setelah nombor giliran Anda dipanggil.
  4. Beritahu kepada staff bahawa Anda ingin kemaskini nombor phone Public Bank.
  5. Isi borang kemaskini yang diberikan oleh staff.
  6. Tunggu 5 minit, no handphone Anda berjaya diperbaharui.

Cara Menukar Nombor Telefon Public Bank Melalui Khidmat Pelanggan

Kemaskini nombor telefon Public Bank juga dapat dilakukan melalui Khidmat Pelanggan:

  1. Call khidmat pelanggan Public Bank 03 2179 9999
  2. Beritahu kepada satff bahawa Anda ingin kemaskini no telefon Anda.
  3. Staff akan bertanya mengenai maklumat yang berhubungan dengan akaun Public Bank Anda, seperti no kad pengenalan dan nama ibu.
  4. Selepas proses pengesahan, no telefon Anda akan terus diperbaharui.

Soalan Lazim

Di bawah ini merupakan soalan lazim yang mengenai Public Bank:

1. Bagaimanakah cara saya mendaftarkan nombor telefom bimbit saya?

Sila kunjungi mana-mana cawangan Public Bank untuk mendaftarkan no telefon Anda.

Untuk Makluman: Jika terdapat perubahan pada no telefon bimbit Anda, sila kemaskini no telefon berdaftar Anda di mana-mana Cawangan Public Bank.

2. Bagaimanakah saya mendapatkan PAC?

Sebaik sahaja Anda berjaya mendaftarkan no telefon bimbit Anda, pilihan Request PAC Now akan tersedia untuk Anda apabila Anda membuat transaksi di atas.

Klik pada Request PAC Now dan kod pengesahan 6 digit akan dihantar ke telefon bimbit Anda melalui SMS.

3. Bilakah PAC diperlukan?

Anda akan menerima PAC melalui SMS apabila Anda melakukan transaksi online. Ini hanya berlaku selepas Anda berjaya login ke PBE atau PB engage.

Sekiranya ada sebarang masalah atau pertanyaan Anda boleh hubungi Customer Service Public Bank di +603-2179-9999